di sebuah pasar yang terasing daripada hiruk-pikuk kota, terdapat seorang pemuda bendul yang diberi nama Samat (bukan nama sebenar) oleh kedua ibu bapanya. Samat sering melakukan aktiviti hariannya di pasar sebagai penjual sayur. tepat pada pukul 6.45 pagi, sudah terpacak batang hidung Samat bin Abdullah (juga bukan nama sebenar).
suatu pagi yang hening, tedapat seorang lelaki tua menghampiri gerai Samat dan rakannya Leman (masih lagi bukan nama sebenar). lalu terpancar permintaan ini daripada mulut lelaki tua tadi, yang berbunyi "bagi timun dua kilo, bagi yang elok sikit.."
dengan muka yang boleh dikatogarikan sebangai layak diberi penampar sambil berkata, "Man! bagi timun dua kilo, yang elok sikit, yang buruk banyak.."











No comments:
Post a Comment